Pages

Monday, October 31, 2011

zina hati

salam u oll... ari nie ak nk cerita ttg zina hati..
korang mesti pernah dgar ttg zina hati kn..... 



Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." 
(Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama : 
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.





Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.



p/s : perbetulkan la niat kita setiap hari dan bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan.

Monday, October 10, 2011

terima kasih??











salam u oll...
ari nie ak nk cite yang agak pelik la ...
haaa nk tau x knapa??

nie cite nye, disebabkan terima kasih je de la orang nie blh gadoh n perli2..
pecaya x??pecaya la memang benda nie boleh jadi kalau kwn yang kita sayang2 nie dh x de sebab lain nk cari gadoh....haha pelik n kalakar x??

di sebabkan rakan nye terlupa nk ucap terima kasih sahaje.... itu la manusia, suka sangat cari kesalahan orang, sampai kesalahan diri sendiri tak nampak... bak kata pepatah, kuman kat seberang sane nampak, dugong kat depan mata tak nampak...( hehe peribahasa yang ak cipta sendiri, jangan amik untuk kegunaan di sekolah ok)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)

emmm yelah ak nie kan jahat, yang pelik nye tibe2 je nak emo pas 2 disebabkan terlupa nk ucap terima kasih je nk dijadikan problem besar....
haaa nk sangat orang ucap terima kasih kan ...haa amik la bnyak  terima kasih nie ha.... terima kasih,terima kasih,terima kasih,terima kasih,terima kasih,terima kasih,terima kasih,terima kasih,terima kasih,terima kasih,... haa cukup???....puas aty ak...hahahaha....

haa cmne plk ko ckp nk cuci bau busuk yang menusuk idung 2 haaa??? ckp nk gempak 'x de cuci sorang2 or dua orang, semua cuci'. tapi pas blik, terus x berbunyi nk cuci or nk tanye pasal benda 2....
cmne 2 ek???
x pe la org jahat nie dh cuci kn....
x pe ak x perlu kan ucapan terima kasih... yang penting x yah la nk wat bajet depan ak!!...iiiisssshhhh malas tol la, rimas ngn semua nie.... x penat ke???
setiap orang de tahap kesabarannya, so pk2 la k...

emmm sekarang baru ak tau bagaimana sikap mu ini wahai sahabat, benar la ape yang ku dengar sebelum ini

Dosa membuat fitnah dan menyakitkan hati seseorang digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang ditindas itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan tersebut sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.


Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain. (Surah al-Hujurat, ayat 12)

p/s : lain kali kalau nk wat sesuatu 2 pk2 la dulu k, same ade rasional or x,,...sedar la kite makin besar bukan makin kecik...dosa makin bertambah n cmne plk kalau orang yang kita perli  2 x maaf kn kita n kecik aty?? haaa lu pk la sendiri  k...

HUKUM ORANG BERMUKA-MUKA (TALAM 2 MUKA)


salam u oll.....ari nie ak nk share something dengan u oll...

Hukum Bermuka Dua
Syaikh Ibnu Utsaimin
Pertanyaan:
Apakah hukumnya bermuka dua yang menghadapi manusia dengan penampilan yang berbeda-beda. Kami mengharapkan dalil atas hal tersebut? Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala membalas kebaikan atas kalian.
Jawaban:Orang yang bermuka dua, yang menghadapi sesuatu dengan wajah/penampilan seperti ini dan menghadapi yang lain dengan wajah/penampilan yang lain, adalah sejahat-jahat manusia. Sebagaimana diriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , dan ia adalah salah satu jenis nifaq. Apabila hal ini sudah mewabah di suatu masyarakat, berarti masyarakat ini adalah tidak lurus. Setiap orang dari komunitas ini tidak percaya terhadap yang lain, selanjutnya tercerai berailah masyarakat itu. Banyak terjadi penipuan dan perbuatan khianat. Manusia paling jahat pada hakikatnya adalah yangbermuka dua. Sebagaimana terdapat dalam hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ,
اَلَّذِيْ يَأْتِيْ هؤُلاَءِ بِوَجْهٍ وَهؤُلاَءِ بِوَجْهٍ
“Yang mendatangi mereka dengan satu wajah dan mendatangi yang lain dengan wajah yang berbeda. “ [1]
Seorang muslim harus waspada terhadap perkara ini dan memperingatkan darinya sehingga tidak terjadi berbagai kerusakan yang telah kami jelaskan sebagian di antaranya.
Footnote:
[1] HR. Al-Bukhari dalam al-Manaqib (3494); Muslim dalam al-Birr (2536).
Rujukan:
Fatwa Syaikh Ibnu Utsaimin yang beliau tanda tangani.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 3

Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

p/s: sungguh hina orang yang bermuka-muka nie, seperti yang ditunjuk kan oleh gambar di atas....so hati-hati lah bile de kawan yang macam nie...so sabar dan tabah la wahai diri...

Friday, October 7, 2011

sedarkah kita

salam u oll...
ari nie terjadi sesuatu yang membuat ak berfikir bertapa kita selalu melupakan Allah ketika kita gembira dengan kehidupan duniawi...




antaranya,
apabila kita ade bf, berapa lame kite ingat n sentiasa menentikan bf kita call n msj kita....
time 2 berapa lama pulak kita ingat kat Allah dan tunggu kedatangan waktu untuk menyembah bertemu dengan Allah.....


kite boleh pulak bergayut kat telefon berjam-jam lama nya untuk berbual dengan bf sampai mase makan n wat assignment pun kita abaikan
tapi berapa lame plk kita boleh solat kepada pencipta iaitu Allah dan berdoa kepada nye...




10 minit bagi kita kadang kala lama sangat kn untuk beribadah kepada Nya...
berdoa pun kadang2 express je...
tp 10 jam bergayut pn kita ckp 'kejap btol kita bergayut ari nie kan syg'....





putus dengan bf kita boleh menangis teresak-esak n merayu supaya tidak ditinggalkan...
tapi bila beribadah dengan Allah mahal btol air mata nk turun n x de pn rase sedih n bersyukur yang Allah sentiasa limpah kn rahmat nye...
Padahal cinta Allah lebih besar nikmat nye kerana Allah tidak pernah ketepikan n lupakan kekasihnya...


kalau bf ajak kauar date, suka bukan main lagi...time bf sampai depan umah je, semua lupe sampai fikiran cuma pk bf je...
tp bila sampai waktu solat.. semua wat tak tau je....time 2 la ingat semua kerja nk wat sampai x de masa nk solat..




bila kita pergi shopping x sah kalau tak beli barang n abis kan duit beratus-ratus n ada pulak yang beribu-ribu...
kalau topup pulak berapa ringgit pun tak kisah asalkan sentiasa boleh msj n call
tapi bila nk derma ke jalan Allah seperti derma di masjed n anak yatim, kita mesti cakap x de duit...
haa yang lg best jawapan bg org yang kaya ' sorry I x de duit kcik la" walaupun 5 ringgit, bg kita derma 5 ringgit 2 dh cukup besar la sgt....




pergi jalan2 or shopping 2 jam dikira kejap sangat...
tapi kalau g masjed asyik x de masa je...
kalau pergi masjed pn dalam 30 minit dh dikira lame la 2...


haaa adakah kita terfikir selama ini apa yang kita buat dalam seharian berkaitan dengan Allah??? berapa bnyak??? 
terasa diri ini sombong sangat kepada Allah...
nuzubilah.......
ampunkan dosa hamba mu ini Ya ALLAH...




p/s : ingat la bahawa Allah yang mencipta kita dan yang menentukan kebahagian serta apa yang kita ada sekarang....insaf la...renung2 kn dan selamat berhijrah ke arah yang lebih baik

Wednesday, October 5, 2011

HUKUM MENGUKIR HIASAN PADA TANGAN MENGGUNAKAN INAI

salam u oll...
ari nie ak nak berkongsi hukum membuat corak ditangan menggunakan inai....



Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]




Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..





* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.. (^_^)



p/s : bagi mereka yang pernah membuat corak di tangan menggunakan inai atau sebagai nye, bertaubat la k..jangan ulangi nye lagi... renungkan la azab Allah...cantiknya sekejap, azab yang diterima selamanya....