Pages

Sunday, May 30, 2010

rENunG2 kn Lah...


  • Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?” •“Sudah, Alhamdulillah. . •Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?” •“Ya.” . •Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?” •“Tidak..” . •“Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?” •“Tidak..” . •“Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.” •“….” . •“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?” •“Tidak..” . •“Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?” •“Tidak..” •“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.” •“….” . •“Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului iman?” •“Ya.” . •“Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?” •“Tidak..” . •“Kalai begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.” •“…” . •“Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?” •“Tidak..” . •“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?” •“Tidak..” . •“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”. Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman: •‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’ (Al-Ma’un”: Ayat 4-5) •“Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”

No comments:

Post a Comment